PRESTASI JUALAN BUKU PADA TAHUN 2015 BEGINI
Maka berkatalah Carolyn Kellogg dalam The Charlotte Observer pada 6 Januari 2016,
Pada bulan Disember 2015, Nielsen BookScan melaporkan bahawa pada tahun 2015, buku cetakan kertas terjual sebanyak 571 juta buah, iaitu 17 juta berlebih daripada jualan tahun 2014.
Sementara itu e-book, yang diramalkan meningkat jualannya menjadi 50%, daripada jualan semua buku, dapat mencapai jualan sekitar 25% saja.
Tidak ada satu petunjuk umum bagi memahami apa yang berlaku dalam dunia buku pada tahun lalu.
Antara peristiwa menarik dalam dunia buku pada tahun lalu adalah, buku kertas cetakan huruf besar menjadi minat ramai.
Novel kedua Harper Lee, "Go Set a Watchman," adalah sangat menarik, dan mendapat permintaan ramai pembaca semua peringkat umur. Harper Lee menulis novel pertamanya, “To Kill a Mocking Bird” pada tahun 1962.
Buku "The Wright Brothers" yang ditulis oleh by sejarahwan David McCullough juga digemari oleh orang yang sudah berumur.
Para remaja melahap buku-buku kertas yang ditulis oleh bintang YouTube. Buku "Diary of a Wimpy Kid: Old School," iaitu karya terkini Jeff Kinney, diminati oleh ramai anak-anak sekolah menengah. 95 persen jualan bukunya adalah dalam bentuk buku cetak kertas, bukan digital.
Ini ada keselarasannya dengan selera remaja kita di Malaysia. Remaja kita akan berpusu-pusu membeli dan membaca buku Matlutfi, dan meletakkan Matlutfi ke tangga teratas antara buku-buku PTS.
Anehnya pula, pembaca setiap umur menggilai buku-buku mewarna yang dicetak pada kertas. Ada yang diterbitkan dalam versi digital, tetapi buku mewarna dalam bentuk cetakan kertas menjadi permintaan ramai. Buku Johanna Basford, berjudul "Secret Garden" memulakan kegilaan ini. Dan penulisnya tidak mahu bukunya dijual dalam bentuk digital!!! (Sedarlah wahai e-book!)
Prof. Emeritus Abdullah Hassan adalah ahli Lembaga PTS Media Group dan Perbadanan Kota Buku

Tiada ulasan:
Catat Ulasan