Sabtu, 9 Januari 2016

Penulisan Malaya Times: Prestasi Jualan Buku Pada Tahun 2015


PRESTASI JUALAN BUKU PADA TAHUN 2015 BEGINI


Maka berkatalah Carolyn Kellogg dalam The Charlotte Observer pada 6 Januari 2016,
Pada bulan Disember 2015, Nielsen BookScan melaporkan bahawa pada tahun 2015, buku cetakan kertas terjual sebanyak 571 juta buah, iaitu 17 juta berlebih daripada jualan tahun 2014.
Sementara itu e-book, yang diramalkan meningkat jualannya menjadi 50%, daripada jualan semua buku, dapat mencapai jualan sekitar 25% saja.
Tidak ada satu petunjuk umum bagi memahami apa yang berlaku dalam dunia buku pada tahun lalu.
Antara peristiwa menarik dalam dunia buku pada tahun lalu adalah, buku kertas cetakan huruf besar menjadi minat ramai.
Novel kedua Harper Lee, "Go Set a Watchman," adalah sangat menarik, dan mendapat permintaan ramai pembaca semua peringkat umur. Harper Lee menulis novel pertamanya, “To Kill a Mocking Bird” pada tahun 1962.
Buku "The Wright Brothers" yang ditulis oleh by sejarahwan David McCullough juga digemari oleh orang yang sudah berumur.
Para remaja melahap buku-buku kertas yang ditulis oleh bintang YouTube. Buku "Diary of a Wimpy Kid: Old School," iaitu karya terkini Jeff Kinney, diminati oleh ramai anak-anak sekolah menengah. 95 persen jualan bukunya adalah dalam bentuk buku cetak kertas, bukan digital.
Ini ada keselarasannya dengan selera remaja kita di Malaysia. Remaja kita akan berpusu-pusu membeli dan membaca buku Matlutfi, dan meletakkan Matlutfi ke tangga teratas antara buku-buku PTS.
Anehnya pula, pembaca setiap umur menggilai buku-buku mewarna yang dicetak pada kertas. Ada yang diterbitkan dalam versi digital, tetapi buku mewarna dalam bentuk cetakan kertas menjadi permintaan ramai. Buku Johanna Basford, berjudul "Secret Garden" memulakan kegilaan ini. Dan penulisnya tidak mahu bukunya dijual dalam bentuk digital!!! (Sedarlah wahai e-book!)
Prof. Emeritus Abdullah Hassan adalah ahli Lembaga PTS Media Group dan Perbadanan Kota Buku

Penulisan Malaya Times: Memperkasakan Budaya Bahasa Kebangsaan Melayu





Perkongsian dari Orang-orang lama Kata Tuan Hu Phang Chaw, "Sejak 180 tahun dulu, apabila sekolah Cina mula dibina di sini, masyarakat Cina keseluruhannya; orang Cina, pemimpin Cina, parti Cina, guru Cina, profesor Cina, mengetahui bahasa Cina itu adalah sangat berkesan bagi mengajarkan sains dan matematik. Oleh sebab itu kita tidak bersetuju diubah, sekalipun kepada bahasa Inggeris."

Sekolah Cina sanggup mengulang pengajaran dalam bahasa Inggeris, tetapi sama sekali tidak membuang bahasa Cina.

Sayang, pendidik Melayu membuang bahasa Melayu, sekalipun kita ada kuasa, keperluan dan kemampuan menggunakan kedua-duanya



Penulisan Malaya Times: Cerita Novel Karya Mrs. Harper Lee '' Go Set a Watchman '' Mengisahkan Tentang Zaman Pendewasaan Seorang Remaja






GO SET A WATCHMAN

Harper Lee lahir pada 28 April 1926. Pada tahun 1960, pada usia 34 tahun beliau menzahirkan novel pertama beliau "To Kill a Mocking Bird". Sekarang, pada usia 89 tahun beliau menzahirkan novel kedua beliau pula "Go Set a Watchman". Kedua-duanya terlaris. 

Buku pertama Harper Lee To Kill a Mockingbird adalah sebuah buku bacaan yang digemari oleh semua generasi. Ia juga malar dan bertahan merentasi waktu. Sekalipun buku ini terkenal di dunia, tetapi buku terbaru beliau mungkin tidak dikenali oleh generasi muda. Go Set a Watchman berlatarkan zaman Amerika melalui banyak perubahan besar; penamatan pemisahan warna kulit dan perjuangan hak asasi manusia.

Buku ini bercerita tentang Puan Scout yang yang datang dari New York kembali menziarahi Maycomb. Cerita ini mempamerkan prejudis antara ras, perbalahan antara Utara dan Selatan Amerika Syarikat, dan tentang generasi yang terasing-asing.

Puan Scout perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat yang pantas berubah; perubahan persepsi beliau terhadap jiran, rakan dan ahli keluarga. Beliau perlu menyesuaikan diri dengan dapatan barunya, dan bagaimana beliau menyelesaikan disilusi yang dihadapinya.

Ada juga peristiwa yang menyebabkan kita menggigit bibir. Apapun, Go Set a Watchman adalah sebuah novel generasi muda, sebuah novel tentang zaman pendewasaan seorang rermaja.

Penulisan Malaya Times: Kisah Motivasi Penulis Novel "To Kill a Mocking Bird" yang Hebat




Harper Lee lahir pada 28 April 1926. Pada tahun 1960, pada usia 34 tahun beliau menzahirkan novel pertama beliau "To Kill a Mocking Bird". Sekarang, pada usia 89 tahun beliau menzahirkan novel kedua beliau pula "Go Set a Watchman". Kedua-duanya terlaris.
Kes beliau ini membatalkan falsafah "satu pokok getah tidak boleh jadi estet!" Beliau ada dua pokok getah saja, tetapi konteks tidak sama

Isnin, 4 Januari 2016

Penulisan Malaya Times: Menghargai Penerbitan Buku dan Karyawan




Penulis: Azwan Dol Hasnan A.D.H
Credit: Prof Abdullah Hassan

kita mahu menghargai penerbitan buku dsn karyawan yang menulis buku. Perlu ada karya tersohor di wilayah dan di dunia, apresiasi dan pendanaan buku. Tulislah buku berdasarkan kajian yang empiris. Penulis novel juga.
...
Ketepikanlah perbedaan antara kita dan carilah titik-titik persamaan

Khamis, 10 Disember 2015

Penulisan Malaya Times: Tanpa Ilmu yang Tertulis tidak ada Tamadun


   Dalam sejarah, kita melihat setiap tamadun yang terbina, ada himpunan ilmunya yang tertulis.


Pada zaman kegemilangannya, kesarjanaan dalam bahasa Arab itu berkembang pesat setelah ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab daripada bahasa terkemuka dan maju pada masa itu, Latin, Yunani, Parsi, Hebrew dan Sanskrit. Pendidik Islam tidak pula berbondong-bondong menukar bahasanya kepada mana-mana bahasa ini. Tentu sekali ini menurut ajaran Allah, bahawa nabi itu diturunkan supaya menyampaikan ajarannya dalam bahasa ibunda umat itu sendiri. 

O’Leary (1966) dan Nakosteen (1964) menyenaraikan sumbangan penterjemah dalam segala bidang ilmu ini. Senarainya panjang dan mengkagumkan segala. Tulisan mereka juga membolehkan kita memahami bagaimana sarjana Islam menjadi begitu maju setelah banyak ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ia menjadi asas pembinaan ilmu sarjana Islam itu sendiri.

Beberapa ciri penting dalam perkembangan ilmu Islam ini dapat kita lihat. Pertama, ia berkembang daripada asas ilmu yang dibawa masuk melalui terjemahan. Daripada meniru ilmuwan Islam belajar mencipta. Ini adalah satu tahap penting dalam pembinaan ilmu.

Kepustakaan dalam bahasa Melayu juga perlu diisi dulu dengan ilmu yang diimport dari bahasa lain. Sebarang tindakan yang menghalang pengimportan ilmu ini akan juga membantutkan perkembangan ilmu dalam bahasa Melayu. 

Kedua, ahli ilmuwan Islam itu sangat luas cakupan bidang keahliannya. Mereka tidak menjurus kepada satu bidang saja. Ibnu Sina juga adalah seorang falsafah dan ahli matematik. Bahkan, Ibnu Sina juga seorang pemuzik dan menulis risalah tentang muzik. Ilmu yang dibina oleh sarjana Islam itu heterogenus atau pelbagai sifatnya, bukan homogenus atau semacam saja. 

Ketiga, mereka mempunyai obsesi mencari ilmu. Obsesi ini penting, tanpa obsesi sesuatu usaha tidak akan tamat. 

Keempat, mereka menuliskan ilmu mereka. Tanpa ilmu yang tertulis, tidak ada tamadun. Inilah ciri-citi yang akan kita terap ke dalam usaha kita membina kepustakaan dalam bahasa Melayu, demi menyerlahkan lagi tamadun Melayu.





Penulisan Malaya Times: Peradaban Bangsa Melayu itu sudah lama Wujudnya


Peta Dunia Zaman Kuno



Dalam buku sejarah kuno China, terdapat sebuah catatan geografi dalam Kepustakaan Dinasti Han, Hon Shu Oi Li Zhi, menyatakan pada zaman Maharaja Han Wu Di, yang hidup pada tahun 140 hingga 87 SM, sudah dibuka perjalanan dari China ke India, melalui Semenanjung Tanah Melayu. Maksudnya, pada abad kedua SM sudah wujud perhubungan China dengan Alam Melayu, iaitu sudah ada manusia yang dipanggil Melayu. Sudah wujud suatu peradaban yang jangan diremehkan.

Berikutnya, bahagian selatan China pernah menjalin perhubungan dengan Tenggara Asia. Maharaja Sun Quan, 222 hingga 252 M pernah mengirim Zhu Ying dan Kang Tai bagi menjalin muhibah dengan beberapa negeri di Alam Melayu. Malah Zhu Ying menulis sebuah buku yang berjudul Fu Nan Yi Wu Zhi, iaitu Barang-Barang Aneh di Funan, dan Kang Tai pula menulis sebuah buku, Wu Shi Wai Guo Zhuan iaitu Hikayat Negeri-Negeri Asing pada Masa Kerajaan Wu. Mereka membuat catatan rapi mengenai negeri-negeri di Alam Melayu. Inilah dokumentasi sejarah terawal mengenai peradaban Melayu dalam abad ke-3. Walaupun buku ini sudah musnah, tetapi ada kutipan-kutipan daripada buku ini yang dapat ditemui dalam buku sejarah berikutnya.

Dalam kebayakan catatan sejarah, kunjungan seorang sami Buddha I-Tsing, ke Sriwijaya pada tahun 671 M, iaitu pada zaman Maharaja Tang, adalah termasyur. Apabila I-Tsing singgah di Sriwijaya dalam pelayaran ke India, beliau mendapati pengajian dalam bidang agama, budaya dan bahasa sudah mencapai tahap yang sangat manju. Oleh sebab itu beliau tinggal di Sriwijaya dan belajar sebagai persiapan sebelum meneruskan pelayaran ke India. Oleh sebab kejayaan beliau itu, I-Tsing menasihatkan para sami Buddha dari China supaya "singgah di Sriwijaya selama satu atau dua tahun bagi mempelajari ilmu Buddha tersebut sebelum pergi ke India." Akibatnya, ramai sami Buddha China ini singgah di Sriwijaya da nada yang tidak mahu balik pulang ke Guangzhou semula. I-Tsing sangat menyedari kepentingan bahasa Melayu, Kunlun, dan mempengaruhi sami Buddha China yang lain supaya tinggal di Sriwijaya dan mempelajarinya.

Perhubungan erat seperti inilah yang berterusan hingga ke abad ke-15, iaitu pada zaman Empayar Sriwijaya menurun dan pusat politik dan perniagaan Melayu itu berpindah ke Empayar kesultanan Melaka. Inilah kedudukan perhubungan China dengan Alam Melayu, yang dapat dikatakan mencapai kemuncaknya pada zaman Dinasti Ming. Pada zaman inilah Laksamana Cheng Ho datang melawat ke Samudera Barat sebanyak tujuh kali, tetapi misi Maharaja China itu adalah misi damai dan tidak ppernah mana-mana wilayah Melayu itu ditakluki oleh China.

Apabila empayar Melaka ini jatuh ke tangan Portugis, pusat kerajaan Melayu terus membangun dan berkembang di Acheh, Pasai, Medan, Patani, Brunei. Namun, kepulauan Riau, Lingga, Johor dan Pahang.

Dua wilayah inilah, Johor Riau yang menjadi pusat bahasa Melayu seterusnya, hinggalah sampai ke zaman penjajahan kuasa Eropah, dan kemerdekaan pada pertengahan abad ke-20.

Lihat pembicaraan C.A. Mees, Tatabahasa dan Tatakalimat (1969: 1-15) dan Abdul Malik, Memelihara Warisan Yang Agung (2009: 142-155) bagi melihat pembicaraan yang lebih rinci mengenai zaman Kesultanan Melaka hingga ke Johor Riau, dan seterusnya hiongga bahasa Melayu itu dimertabatkan sebagai Bahasa Nasional Indonesia.

Sumber: Daripada kertas kerja Abdullah Hassan bertajuk "Kepulauan Riau sebagai Tempat Asal Bahasa Nasional Indonesia" disampaikan pada 2 Ogos 2010, di Universiti Maritim Raja Ali Haji, Tanjungpinang, Riau.





Sumber peta: peta dalam buku Gavin Menzies berjudul ‘Who Discovered America?’ Namun ada sarjana yang mengatakan peta berusia 600 tahun ini adalah rekaan semata.